Selasa, 5 April 2011

PENDEKATAN YANG ADA

Cara Mengajar di Kalangan Pelajar KPLI dalam Pengajaran dan Pembelajaran:
Kreatif atau Konstruktif
oleh
Rosinah binti Mahmood
Azlina binti Abdul Aziz
Maktab Perguruan Ilmu Khas

ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar KPLI MPIK. Instrumen yang digunakan adalah menggunakan soal selidik yang telah telah ditadbirkan dan data telah dikumpulkan untuk menjawab persoalan kajian ini. Responden dalam kajian ini adalah seramai 76 orang yang terdiri daripada pelajar KPLI MPIK (Rendah dan Menengah). Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisis data. Keputusan kajian awal mendapati bahawa pelajar ini adalah berfikiran kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka berdasarkan kepada kecerdasan kepelbagaian yang diperoleh oleh mereka. Namun demikian pengkaji mendapati bahawa keberkesanan kreativiti mereka dalam pengajaran dan pembelajaran masih kurang berkesan. Pensyarah mata pelajaran merupakan pendorong utama pelajar menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan pensyarah pembimbing dan tutor. Idea pengajaran dan pembelajaran yang kreatif banyak diperoleh oleh pelajar melalui bacaan mereka dan melalui kursus dan seminar. Kajian ini memberi kesan yang mendalam tentang tindakan selanjutnya yang perlu diambil untuk mengambil kira tentang masalah yang sering diberi perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar khususnya pelajar KPLI yang akan menjadi guru permulaan. Selain dari itu kajian selanjutnya perlu dibuat berkaitan perbezaan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut pengkhususan.

Pengenalan
Kanak-kanak yang berumur lima tahun sangat yakin bahawa mereka boleh melukis, menyanyi, bergerak dan menari. Malangnya semasa mereka berumur tiga atau empat tahun kanak-kanak ini biasanya akan mengalami krisis keyakinan. Mereka dikatakan tidak berkebolehan dan kreatif. Sebagai guru kita seharusnya juga dipersalahkan dalam kecenderungan masalah ini berlaku semasa murid-murid sedang mencari makna dalam kehidupan.
Sebagai seorang pensyarah di maktab perguruan ini saya ingin melihat lebih mendalam lagi apakah punca utama yang menyebabkan pelajar KPLI di MPIK ini dikatakan kurang kreatif. Walau bagaimanapun sebagai seorang pensyarah saya perlu membuat refleksi tentang apa yang kita telah lakukan yang menghalang pemikiran kreatif ini khususnya dalam pengajaran dan
2 pembelajaran mereka. Aspek ini adalah penting bagi survival dan kejayaaan kemahiran pelajar kita pada hari ini. Dalam perkembangan kognisi, kebolehan membuat gambaran atau imagin merupakan salah satu trait yang paling penting sekali. Mengapakah aspek ini tidak berkembang di kalangan pelajar kita merupakan tanda tanya dalam fikiran saya.
Kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah cara mengajar pelajar KPLI MPIK berfikiran kreatif khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kepentingan Kajian
Setelah mengajar di maktab perguruan semenjak 1998 saya sering mendengar rungutan dari rakan-rakan pensyarah yang lain bahawa pelajar KPLI kurang kreatif semasa praktikum berbanding dengan pelajar KDPM. Rungutan ini dipanjangkan dalam MPPP dan membawa rasa tidak puas hati pihak pengurusan. Tambahan pula rungutan ini juga diperkukuhkan oleh Guru Pembimbing mereka yang telah disampaikan oleh Setiausaha Praktikum. Dapatan dari maklumbalas pelanggan organisasi (sekolah) pula mengatakan bahawa ( %) pelajar KPLI tidak kreatif semasa praktikum.
Justeru dari rungutan dan ketidakpuasan dari pihak tertentu ini menarik perhatian saya untuk membuat kajian tentang cara mengajar pelajar KPLI MPIK ini dan menjawab beberapa persoalan tentang fenomena kekurangan pemikiran kreatif yang berlaku di kalangan mereka.

Persoalan Kajian
1. Adakah pelajar KPLI berfikiran kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran?
2. Sejauh manakah pensyarah memainkan peranan mereka sebagai contoh pensyarah yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran?
3. Siapakah yang merupakan pendorong utama bagi pelajar KPLI menjadi lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran?
4. Apakah sumber-sumber yang membantu pelajar menjadi lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran?

Definasi
Kreativiti

Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.
3 Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:
“... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... sebagai gaya hidup”
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membwa perbaikan – pertumbuhan diri.”
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.”
(Boon dan Ragbir, 1998)
“...melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain.”
(Torrance, 1974)
“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful.”
(Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya.”
(Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....timbul dari karya baru , akibat daripada interaksi-interaksi individu dengan alam sekitarnya.”
(Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....pengertian perubahan, perkembanagan dan lain-lain, yang ada kaitannya dengan kreativiti manusia. Sebab manusia mencipta bukan dari tiada tetapi dari sesuatu yang sudah wujud kemudian diubah kepada bentuk yang lebih baik.”
(Hassan, 1991 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
4“... creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities”
(Rickards, 1990)

Kajian Literatur
Kreativiti sebagai gaya hidup

Beberapa orang bijak pandai dalam bidang ini telah berjaya menukar gaya berfikir pendidik tentang kreativiti. Salah seorang daripadanya ialah John Dewitt. Beliau telah berjaya menyedarkan para pendidik bahawa kita semua mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Walau bagaimana pun perlu diingat bahawa aspek kreativiti sahaja tidak mencukupi. Sumber kreativiti berada di hadapan kita. Kita hanya perlu tekun memerhati untuk mengenalinya. Kadang-kala sumber kreativiti berada di belakang kita. Apa yang perlu kita buat ialah hanya menoleh ke belakang sahaja.
Kreativiti mempunyai tahapnya tersendiri dan bergantung kepada rangsangan yang berbeza yang kita terima dalam kehidupan kita (Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Darjah kreativiti juga bergantung kepada perkembangan perwatakan individu. Sumber kreativiti ada disekeliling kita. Ada antaranya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita (Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Mengapa kita gunakan kreativiti orang lain sedangkan kita mempunyainya? Adakah anda sukakan subjek Sains? Sastera? Sejarah? Drama? Cerita Rekaan? Terdapat banyak subjek yang boleh disesuaikan untuk memberi kesan yang istimewa khususnya dalam bidang kita sebagai pensyarah iaitu untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bagaimana pula dengan pengalaman kehidupan? Pernahkah berlaku sesuatu perkara dalam kehidupan kita yang pelik, menggelikan atau mencuit hati? Cerita-cerita yang menyentuh hati dan perasaan melalui bacaan boleh memberi kesan mendalam ke atas pemikiran kreatif kita. Mungkin kita boleh menggunakan cerita yang melucukan ini dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ia menjadi lebih berkesan lagi.
Sebagai manusia, kita biasanya lebih selesa dengan mengekalkan amalan pemikiran yang rutin. Untuk menjadi kreatif, sifat ini perlu dikikis untuk menghasilkan karya yang baru melalui sumber-sumber di sekeliling kita. (Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Pengalaman kehidupan ahli keluarga boleh dijadikan sumber rangsangan kreativiti. Ibu bapa, sepupu, rakan-rakan dan lain-lain mempunyai cerita yang menarik bagi mewujudkan pemikiran yang kreatif. Mungkin kita telah mendengarnya berkali-kali tetapi kurang menjadikannya sesuatu yang boleh diadaptasikan sebagai bahan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan atau dijadikan satu rutin.
Dalam teori ‘pemikiran gila-gila’ oleh William Balake, dalam Mohd. Yusof (1995) idea baru atau celik akal berlaku dengan cara imaginasi dan bukan menerusi proses logik atau rasional. Beliau menganggap bahawa berlakunya pertarungan unsur-unsur yang bertentangan dalam minda akan membentuk pertarungan mental. Pertarungan ini akhirnya akan menghasilkan perdamaian dan suasana harmoni yang positif yang menghasilkan krfeativiti.
Salah satu daripada sumber kreativiti ialah merujuk kepada kepakaran seseorang. Banyak buku yang boleh memberi sumber pemikiran yang kreatif yang tidak boleh dibayangkan banyaknya.
5. Sekiranya kita bukan merupakan ulat buku tidak mengapa tetapi melaui tontonan tayangan gambar boleh memberi idea yang menarik melalui jalan ceritanya. Kegemaran ini boleh dijadikan tips bagi seseorang itu memperoleh idea yang kreatif.
Oleh yang demikian kreativiti tidak boleh dipaksa. Kita memerlukan ketenangan dalam mencari idea yang kreatif. Sekiranya kita dalam keadaan tertekan disebabkan kita terpaksa membentangkan sesuatu dalam jangka masa yang pendek kita mungkin akan gagal. Dengan beberapa pengecualian, kreativiti boleh terhasil dalam keadaan kita tertekan dan menghasilkan sesuatu yang baik. Dari itu sentiasalah menulis sesuatu idea apabila terfikirkannya walaupun terjaga di tengah malam dari tidur. Jangan kita fikirkan bahawa anda akan ingat sehingga esoknya jika tidak menulisnya. Sekiranya anda tidak mencatatnya anda akan lupa. Fikiran kreatif boleh datang pada bila-bila masa. Dari itu kita perlu sentiasa bersedia. Confucius pernah berkata bahawa dakwat yang tidak terang adalah lebih baik dari fikiran yang tajam.
Sebagai manusia biasa kita yang tidak dikurniakan dengan kreativiti dan bakat yang tinggi. Kita perlulah bekerja keras untuk mencapai kreativiti tahap ini untuk mendapat hasilnya (Maslow, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Walau bagaimanapun kita hidup dalam dunia yang perlu diberikan kepuasan segera (instant gratification). Keadaan ini akan menjadi lebih ‘teruk’ lagi jika kita berkehendakkan sesuatu itu dengan percuma dan segera. Pada hakikatnya ini bukanlah cara yang sesuai dan efektif.
Terdapat berbagai tahap kreativiti. Kreativiti tahap tinggi boleh membentuk sesuatu yang baru dari yang lama. Sebagai contoh pergerakan tangan yang lincah dalam silap mata, prinsip menyembunyikan sesuatu, kaedah mengubaharah dan lain-lain merupakan alat untuk dimanipulasikan melalui kreativiti. Gabungan dari perkara ini merupakan satu idea dan kita akan menjadi lebih kreatif dalam silap mata. Justeru itu, kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih menarik.
Perkara ini bukanlah mudah untuk dilakukan. Kreativiti dalam tahap ini sebenarnya datang dari pemerolehan pengetahuan melalui susunan, urutan asas untuk membentuk sesuatu yang baru. Sesiapa yang membentuk kemahiran ini mempunyai taakulan yang kreatif. Kreativiti merupakan kombinasi jumlah pengalaman saya sebagai pensyarah bukan sahaja mengajar tetapi juga melalui pendengaran, pemerolehan pengetahuan saya. Kreativiti dalam diri individu itu sentiasa berkembang sekiranya individu itu mahukannya berlaku dan menjadikannya sebagai satu gaya hidup (Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001).
Dalam bidang pendidikan ‘pengetahuan sintesis’ merupakan pengetahuan yang diperoleh secara separa sedar yang diaplikasikan dalam setiap situasi yang dianggap berguna bagi orang lain. (Plesk, 1997) Kreativiti yang sebenar dalam keadaan apa pun adalah berdasarkan sintesis pengetahuan yang diaplikasikan dalam situasi baru atau pemasalahan. Ini merupakan langkah akhir dalam perkembangan individu dan berkembang melalui penggunaannya dan akan hancur sekiranya dibiarkan begitu sahaja.
6. Dari sudut pandangan pendidik, terdapat beberapa jenis kecerdasan:
Muzik atau ritma
Seni atau ruang visual
Kinestetik atau pergerakan badan
Verbal atau linguistik
Logika atau matematik
Naturalistik atau klasifikasi
Interpersonal
Intrapersonal
Emosi
Semua manusia mempunyai pelbagai kecerdasan tetapi dalam darjah yang berbeza. Sebagai contoh terdapat individu yang kurang berbakat dalam muzik tetapi mempunyai bakat dalam logika atau penakulan. Sintesis pengetahuan dengan menggunakan integrasi 9 jenis kecerdasan ini untuk mengatasi kecerdasan pelajar yang lemah adalah digalakkan.
Individu memperoleh penghargaan sebenar melalui pendekatan kecerdasan yang pelbagai dan untuk menguatkan kecerdasan mereka yang lemah. Dengan cara ini kita akan menghormati kebolehan masing-masing. Malahan perbezaan ini yang menjadikan manusia itu unik dan menarik sekali. Kesimpulannya, semakin banyak seseorang itu mengetahui sesuatu semakin mudah baginya menjadi kreatif. Perkara ini dapat digambarkan seperti dalam kata-kata berikut:
Pengetahuan tanpa tindakan merupakan data semata-mata.
Mengetahui pergerakan dan teknik silap mata adalah tidak berguna sekiranya kemahiran ini tidak digunakan.
Pemerhatian merupakan satu tindakan permulaan sahaja untuk menjadi kreatif walaupun ia merupakan satu bahagian asas yang kritikal dalam memperoleh pemikiran kreatif.
Kehidupan kita ini merupakan satu seni. Sekiranya kita beranggapan demikian, kita akan berjaya. Kita perlu berfikiran terbuka kepada semua kemungkinan yang akan berlaku di sekeliling kita. Kita akan mula mengaplikasikan apa yang kita telah pelajari dalam aktiviti kita. Perkara ini merupakan intipati dalam pemikiran yang kreatif dan ia merupakan sesuatu kemahiran yang boleh dipelajari dan dilatih. Perkara ini juga boleh diperoleh melalui pengalaman hidup (Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001).
Fungsi-fungsi otak
Fungsi-fungsi otak kiri dan otak kanan berdasarkan hasil kajian ke atas kedua-dua belah otak manusia (Buletin Penyelidikan: Penyelidikan untuk kecemerlangan: Jilid 1 Oktober 2003 MPIK). Otak kiri lebih menjurus kepada pemikiran analitikal sedangkan otak kanan lebih menjurus kepada pemikiran kreatif. Pelukis dan pemuzik lebih cenderung menggunakan otak kanan jika dibandingkan dengan saintis.
7
Otak Kanan
Non-verbal, visual
Intuitif
Ruang
Muzik
Imaginatif
Informasi Kreatif
Otak Kiri
Verbal
Analitik
Lojik
Rasional
Konvergen
Sistematik
Satu kajian tentang hemisferiti otak menggunakan instrumen Yanpiaw Brains Styles Test (Chua 2001) telah dijalankan ke atas semua peserta pensyarah di MPIK. Kajian ini mendapati bahawa majoriti pensyarah MPIK lebih cenderung menggunakan otak kiri (56%) untuk berfikir. Jadual 2 di bawah juga menunjukkan analisis keseluruhan hemisferiti otak kumpulan pensyarah yang menghadiri wacana penyelidikan tersebut:
Jadual 2: Analisis keseluruhan hemisferiti otak kumpulan pensyarah MPIK
Hemisferisti
Bilangan
(N=50)
Peratus(%)
Otak kiri 28 56
Seluruh otak 17 34
Otak kanan 15 10
Sebanyak 56 peratus pensyarah MPIK menggunakan otak kiri yang berfungsi dari aspek verbal, analitik, lojik, rasional, konvergen dan sistematik. Hanya 34 peratus orang pensyarah sahaja yang lebih cenderung menggunakan otak kanan yang berfungsi dari aspek non-verbal, visual, intuitif, ruang muzik, imaginatif dan informasi kreatif. Kajian ini menunjukkan bahawa pensyarah MPIK lebih menjurus kepada pemikiran analitikal daripada berfikiran kreatif.
Analisis Data
Analisis data menunjukkan kecenderungan pelajar KPLI mengikut kecerdasan kreativiti seperti muzik, seni, kinestetik, verbal, logika, naturalistik, interpersonal, intrapersonal dan emosi.
Muzik
Analisis data menunjukkan hanya 31.6 peratus pelajar KPLI yang cenderung ke arah muzik atau ritma. Tidak ramai di antara pelajar yang tahu memainkan alat muzik atau menggunakan lagu ciptaan sendiri. Namun begitu, mereka mengakui, mood mereka berubah gembira apabila mendengar lagu dan suka menggunakan lagu untuk menggembirakan murid.
8. Seni
Dari segi seni, 40.8 peratus pelajar cenderung ke arah kecerdasan ini. Mereka menggunakan
inestetik
ampir separuh daripada pelajar (47.4%) cenderung ke arah kinestetik. Mereka mahir dalam
erbal
4.7 peratus daripada pelajar cenderung ke arah kecergasan verbal atau linguistik. Mereka
ogika
nalisis data menunjukkan lebih daripada separuh pelajar (61.8%) cenderung ke arah logika.
aturalistik
urang daripada separuh pelajar (44.7%) cenderung ke arah kecergasan naturalistik. Mereka
nterpersonal
ari segi interpersonal, hanya 40.8 peratus cenderung ke arah kecerdasan ini. Mereka merasakan
ntrapersonal
lebih daripada separuh palajar (76.3%) cenderung ke tahap kecergasan intrapersonal. Mereka
lukisan, carta, lakaran di komputer dan membina objek objek tiga dimensi sebagai pendekatan pelajaran.
aktiviti pergerakan fizikal, menggunakan bahasa badan apabila bertutur, suka membuat pergerakan tanpa cepat letih, mempunyai daya tahan fikikal dan resah apabila duduk di meja guru terlalu lama.
merasakan berkebolehan menjelaskan topik yang sukar, menggunakan perbendaharaan kata yang baru apabila mengajar, dapat menghayati apabila membaca tugasan murid dan mengingati nama murid.
Rata-rata pelajar merasakan mereka mampu menyelesaikan masaalah matematik apabila ditanya oleh murid dengan spontan, seronok menggunakan pendekatan kaedah permainan, suka menggunakan kaedah cuba jaya dan suka mengajar mengikut langkah pengajaran satu demi satu.
menggunakan fenomena kejadian semulajadi sebagai contoh pengajaran, memerhati kejadian yang berlaku dalam bilik darjah dan memberi sebabnya.
mereka dapat menyelesaikan perkelahian murid, faham perasaan murid-murid, faham perasaan murid melalui raut wajah dan boleh menasihati murid yang bermasaalah.
sedar tentang sesuatu tindakan yang dilakukan terhadap murid, merasakan mereka mempunyai semangat yang kuat, sedar tentang sesuatu tindakan yang dilakukan terhadap murid dan dapat meluahkan perasaan.
9 Perbincangan
. Adakah pelajar KPLI berfikiran kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran?
ata-rata pelajar KPLI MPIK merupakan pelajar yang agak kreatif khususnya dari aspek
. Sejauh manakah pensyarah memainkan peranan mereka sebagai contoh pensyarah yang
apatan kajian menunjukkan kebanyakan pensyarah MPIK lebih kepada pemikiran analitikal
. Siapakah yang merupakan pendorong utama bagi pelajar KPLI menjadi lebih kreatif
endorong utama bagi pelajar KPLI menjadi lebih kreatif adalah rakan sebaya dan di turuti oleh
. Apakah sumber-sumber yang membantu pelajar menjadi lebih kreatif dalam
elajar mendapat sumber- sumber dari bahan rujukan/ bacaan dan pensyarah pembimbing untuk
mplikasi
ensyarah perlu menggunakan pendekatan yang lebih kreatif dan dapat mencabar pemikiran
1  Intrapersonal dan logika. Mereka kurang kreatif dalam kecergasan muzik atau ritma. Ini tidak begitu memeranjatkan memandangkan pelajar KPLI ini adalah dari jurusan Pengajian Inggeris. Namun begitu, ia agak membimbangkan kerana hanya 44.7 peratus pelajar merasakan mereka cenderung ke arah kecergasan verbal. Kecerdasan ini adalah penting bagi bakal guru. Hanya 40.8 peratus merasakan mereka cenderung ke arah kecergasan interpersonal. Ini juga merupakan kualiti penting untuk seorang guru.
2 kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran?
berbanding dengan kreatif. Perkara ini perlu di bincangkan untuk memastikan pelajar kita tidak dipersalahkan kerana kurang kreatif. Stail pengajaran pensyarah perlu dipelbagaikan untuk menggalakkan palajar supaya lebih kreatif.
3 dalam pengajaran dan pembelajaran? pensyarah matapelajaran. Mereka kurang mendapat dorongan dari pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan tutor.
4 pengajaran dan pembelajaran?
Pmembantu pelajar menjadi lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Sumber perlu diperbanyakkan seperti bahan-bahan rujukan, media elektronik, majalah dan suratkhabar.
kreatif pelajar untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran mereka. Kreativiti akan musnah apabila seseorang itu berada dalam keadaan ketakutan. Justeru itu seseorang itu akan cuba mengelakkan penyelesaian yang mengandungi unsur ini. Dari itu sebagai pensyarah kita perlu lebih peka dalam hal ini dengan mewujudkan suasana yang lebih mesra pelajar agar mereka lebih berfikiran kreatif dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan berkesan.
10 Stail pembelajaran pelajar juga perlu diambil kira untuk lebih meningkatkan potensi murid dan berjaya dalam kehidupan. Semakin banyak stail pembelajaran yang dikenalpasti pensyarah akan lebih mengenali pelajarnya. Maka dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar yang akan mendapat faedah untuk memperkembangkan bakat dan potensi mereka.
Pensyarah perlu bersikap terbuka dalam hal ini. Semakin terbuka dan kurangnya tekanan dalam situasi pembelajaran semakin subur dan berkembangnya bakat dan pemikiran kreatif pelajar. Pelajar perlu banyak diberikan motivasi untuk mengubah tingkahlaku mereka untuk berfikiran kreatif dalam pengajaran mereka.
Pensyarah perlu memberi masa kepada pelajar untuk berfikiran kreatif kerana untuk berfikiran sedemikian pelajar tidak boleh dipaksa. Perlu diketahui bahawa semakin berumur sesorang itu semakin kurang pemikiran kreatif mereka. Maka dari itu ruang dan masa perlu diberikan kepada pelajar untuk mensintesis pengetahuan mereka untuk menjana sesuatu yang baru khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan
Dapatan kajian mendapati pelajar KPLI MPIK agak kreatif khususnya dari aspek Intrapersonal dan logika. Mereka kurang kreatif dalam kecergasan muzik atau ritma. Pendorong utama bagi pelajar KPLI menjadi lebih kreatif adalah rakan sebaya dan di turuti oleh pensyarah matapelajaran. Mereka kurang mendapat dorongan dari pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan tutor. Pelajar mendapat sumber- sumber dari bahan rujukan/ bacaan dan pensyarah pembimbing untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga menunjukkan kebanyakan pensyarah MPIK lebih kepada pemikiran analitikal berbanding dengan kreatif. Perkara ini perlu di bincangkan untuk memastikan pelajar kita tidak dipersalahkan kerana kurang kreatif. Stail pengajaran pensyarah perlu dipelbagaikan bagi menjadi model yang baik kepada pelajar untuk lebih kreatif.

Rujukan
Boon, P.Y. dan Ragbir Kaur. 1998. Psikologi 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.
Mohd Azhar Abd. Hamid. 2001. Kritis dan Kreatif. Johor: UTM.
Mohd. Yusof Rahim. 1995. Kemahiran Berfikir: Kaedah dan Strategi Pengajaran. Seminar Kemahiran Berfikir Peringkat Kebangsaan, UTM-30-31, 1995,
Torrance, E. P. 1973. Creative Learning and Teaching. New York: Dodd Mead.
Chua Yan Piaw. 2004. Perhubungan antara penumpuan perhatian ke atas pelajaran dan stail kemahiran berfikir. Tempawan: Jurnal akademik Maktab Perguruan Ilmu Khas. Jilid XXI.
11  Leonard Yong Mee Seng. 1989. Creativity: A study of Malaysian students. Petaling Jaya: Cordia Publications.
Buletin Penyelidikan MPIK: Penyelidikan untuk kecemerlangan: Jilid 1 Oktober 2003
Plesk, P. E. 1997. Creativity, Innovation and Quality. Milwaukee: ASQC Quality Press.
Rickards, T. 1990. Creativity and Problem Solving at Work. London: Galliard Ltd.

Tiada ulasan: