Selasa, 5 April 2011

Kaum Jah Hut ( kajian KU )

Jah Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2,442 [1] dan pada tahun 2005, anggarannya ialah lebih kurang 4,000 [2] orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.
Antara kampung-kampung ini termasuk Kampung Pos Penderas, dan Kampung Keboi di dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Keboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara petempatan-petempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.

Bahasa Jah Hut
Bahasa yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai "bahasa Jah Hut" dan merupakan sebahagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa Austro-Asia. Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut' bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan. Menurut kaum Jah Hut itu sendiri, 'Jah' bermaksud orang dan 'Hut' bermaksud berbeza. Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya. Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, Pulau Guai, Ulu Ceres (Cheres), dan Ulu Tembeling.

[sunting] Kegiatan ekonomi

Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun

1 ulasan:

DaChiqqiBoom berkata...

salam, saya aini...
sebenarnya saya sedang mencari maklumat mengenai bahasa Jah Hut.
jadi, saudari ada tak apa2 info mengenai bahasa jah hut...? kerjasama saudari amat sy hargai..=)